nuff said
Wednesday, 27 August 2014
Monday, 25 August 2014
Apabila adik sendiri jadi mangsa buli, what should i do?
Orang kata, hari Isnin sebagai hari permulaan bagi minggu ni biarlah bermula dengan baik, betul tak?
tetapi hari ni saya sangat sedih dan kecewa kerana saya tak tahu sampai bila saya boleh bersabar dengan hal yang menimpa adik perempuan saya Nur Deenee Adreana Binti Muhammaf Faiz Iskandar Lee.
bagi yang baru mengenali saya, deenee adalah adik kandung saya hasil perkahwinan mama saya dengan bapa tiri saya yang berbangsa cina.
walaupun berlainan bapa, tetapi ikatan adik beradik antara deenee dengan saya, kakak saya dan adik lelaki saya , kami sangat rapat.
Deenee merupakan seorang pelajar di SK Cina yang terletak di Sentul , KL. Dan dia mengalami kesukaran dengan kawan2nya yang berbangsa melayu. Sering kali Deenee dilemparkan dengan kata2 yang kesat dan berbaur perkauman oleh kawan2nya since darjah 1 dan kini sudah darjah 5. Pernah juga makanannya diludah oleh salah seorang drpd mereka.
kami sentiasa menasihati deenee supaya bersabar dan jangan melawan balik. Pernah sahaja diadukan kepada guru, tetapi nampak macam takde apa-apa tindakan pun yg dikenakan oleh pihak sekolah kepada pembuli-pembuli ini. Dan sampai bila saya mampu bersabar? dan jika mak bapak bebudak ni anti sangat dengan cina kenapa dimasukkan ke sekolah cina???
Takkan nak tunggu buli yang melibatkan fizikal baru nak amek tindakan? Buli fizikal bermula dengan buli mental.. ejekan,, hinaan,, kejian dan macam2 lagi..
saya yakin, budak-budak sekecil mereka ini jadi macam ini kerana pengaruh keluarga..
please readers,, jika kita ada masalah dengan kaum lain,, jangan dipersalahkan satu kaum tersebut.. apakah melayu itu sangat mulia? apakah untuk memasuki syurga, melayu syaratnya?
adik saya berbangsa cina kerana bapanya cina, tetapi dia dibesarkan oleh kami yang melayu ni dan yg paling penting, Islam agamanya. Islam itu milik semua.. bukan milik melayu semata-mata.
saya benci orang yang rasis.. kita hidup di Malaysia dengan berbilang bangsa.. so, we have to deal with it and for God sake just accept it!
berikut adalah antara printscreen di FB mesej adik saya.. ada byk lagi yg saya sengaja tidak mahu kongsikan dahulu, kerana mama saya sudah menegur mereka dan jika mereka ganggu adik saya lagi, kami akan maklumkan kepada keluarga mereka, guru besar dan juga polis untuk tindakan yang lebih tegas.
SAY NO TO RACISM AT ANY AGE AND AT ANY TIME.
Friday, 22 August 2014
Malaysia Berkabung
Assalamualaikum dan Salam Takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17.
Duta-Duta Antarabangsa Yang Turut Hadir untuk Menyambut Jenazah-Jenazah Mangsa |
Kapal Terbang Yang Membawa Jenazah-Jenazah Mangsa |
Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied kelihatan bersama-sama anakanda beliau. Semoga beliau tabah dan sabar menerima dugaan ini |
Juruterbang yang bertanggungjawab membawa pulang jenazah-jenazah mangsa MH17 |
Wednesday, 20 August 2014
apa yang korang faham dengan perkataan "Guling"
Assalamualaikum semua~
Izinkan saya berkongsi pengalaman saya ketika saya berada di
Kelantan , hmm beberapa tahun yang lalu… bila diingatkan semula, rasa lucu dan
rindu dengan pengalaman sedemikian.
FYI, saya memang tidak mahir langsung dengan Bahasa dialek
Kelantan. Tetapi memandangkan ketika itu
"teman" saya orang sana dan dia membawa saya bertemu dengan kedua
ibubapanya di rumah. Dan saya telah dimaklumkan oleh dia bahawa mak dia org yg
kuat agama. Perbualan saya dengan emak dia yang kelakar sangat.
Panggilan untuk emak dia adalah "ma" dan rumah dia
di tepi pantai berdekatan Pantai Cahaya Bulan.
Ketika saya sedang duduk diatas
lantai rumahnya, tiba-tiba Ma bertanya pada saya samada saya mahu
"guling" , well,, sebagai org KL opkos saya terkejut, mak dia suruh
saya berguling? Kata alim, biar betik suruh saya berguling.
Saya terpinga-pinga manakala "teman" saya tu hanya
ketawa dari jauh, seolah2 memahami pemahaman kami berbeza.
Saya melihat ruang tamu rumahnya mmg luas, mak dia nak aku
berguling for real ke? Terdetik dihati saya.. Tetapi memandangkan nak jaga adab
sopan, saya menolak dengan lembut. & mak dia tersenyum dan berkata "kalau
gitu ma guling dulu ye" , "ok, makcik guling dulu" nak tergelak
sbb mmg membayangkan mak dia akan berguling.
Dan mak dia pun baring disebelah saya and masa tu baru saya
tahu "guling" tu baring rupanya.. adoyyy,, bayangkan kalau saya buat
perangai saya mmg berguling-guling dlm rumah tu tak ke nanti mak dia kata saya
buang tebiat?
Itu adalah diantara detik cemas ketika saya di Kelantan.
Banyak lagi sebenarnya, tapi by far I think this is the funniest.. huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)