nuff said

Tuesday, 7 October 2014

Serikandi Memanah Berkuda Negara - Erina Emelina

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua~

Syoknya cuti beraya dan hari ni moh kita kembali kerja.

Ok. Hari ni suka saya nak kongsikan tentang Memanah Berkuda.
Sukan yang agak asing di Malaysia yang mula mendapat perhatian ramai semenjak tersebarnya gambar saudari Erina Emelina yang sangat style mencuri perhatian ramai dalam aksi memanah berkuda yang diceburi olehnya.

Tahukah anda bahawa sukan memanah berkuda ini sangat sinonim dengan islam?

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dahulu berperang dengan menunggang kuda dan memanah merupakan salah satu alat perang yang sangat terkenal selain daripada pedang.

Terdapat banyak hadis Nabi mengenai memanah dan menunggang kuda dan diantaranya adalah :

Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Siapakah Erina Emelina Ismail?

Erina Emelina Ismail merupakan wajah baru bagi Sukan Memanah Kuda Malaysia. Gadis berusia 24 tahun yang berasal daripada Shah Alam ini baru sempat berlatih dalam bidang sukan memanah ini selama 6 bulan sebelum menyertai Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun beliau telah mempelajari asas berkuda ketika di bangku university lagi di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Beliau, berkelulusan kejuruteraan mekatronik dan juga merupakan presiden Kelab Ekuin di universiti tersebut.

Pujian daripada experts dan jurulatih.

“Nampaknya Malaysia mempunyai pemanah berkuda yang berbakat dan cemerlang”, kata Lukas Novotny yang mewakili Amerika Syarikat - pemenang keseluruhan pertandingan-

“Erina akan berusaha sedaya mungkin untuk menguasai dan memperkemas sesuatu teknik itu sehingga sempurna. Saya lihat dedikasi beliau memang tinggi berbanding ramai pelajar lain”, kata Mohd Azizul. Guru memanah pertama beliau ialah Mohd Azizul Idris, pengasas Pusat Sukan Memanah Tradisional Bow and Arrow di Sungai Buloh.

Pencapaian setakat ini

tempat ketiga dalam kategori ‘moving target’ dalam acara Sukan Memanah Berkuda Antarabangsa


Jom tengok gambar beliau.

GAMBAR NI PALING WIN~!



Wednesday, 1 October 2014

WW : Jangan Sentuh

Assalamualaikum & Morning darl~

bila ada tanda tulis "jangan sentuh" or "jangan tekan" berapa ramai yg "degil" nak sentuh juga? hehehe


Tuesday, 30 September 2014

Ketepikan Alasan Teruskan Urusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kesayangan semua..

Alhamdulillah kerana kita masih dipinjamkan oleh-NYA udara untuk bernafas , kesihatan untuk beribadah, mata untuk melihat, mulut untuk berbicara dan rezeki yang mencukupi untuk kita meneruskan urusan harian kita pada hari ini.

Semalam hujan lebat sangat kan?

Banyak tempat yang musnah , pokok tumbang , bumbung sekolah melayang , banjir sana sini.

Saya suka mengingatkan diri saya sendiri bahawa tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Bayangkan , siapa sangka air hujan yg halus itu bisa membanjiri sesuatu tempat.

Siapa sangka angin yang lembut meniup itu bisa melayangkan sesuatu benda.

Semua yang berlaku dengan izin Allah dan pasti ada hikmah yang ingin Allah sampaikan khas kepada hamba-hambaNYA yang mahu berfikir.

Betapa kerdilnya kita sebagai insan jika mahu dibandingkan dengan kuasaNYA.

Namun, masih ada diantara kita masih belum bangun daripada mimpi yang lena..

Masih angkuh untuk bersujud.

Masih angkuh untuk bertaqwa.

Diberi nyawa setiap hari untuk beribadah, tetapi digunakan untuk maksiat semata2.

Astagfirullah al azim.. semoga kita semua selamat daripada hasutan syaitan yang dikeji.

Mari kita lihat komik di bawah.



Boleh saya kaitkan dengan reality semasa… berapa ramai diantara kita yang sedar akan kekurangan diri. Kekurangan ilmu agama.. kekurangan ibadah yg perlu dilaksana.

Tetapi, segalanya ditangguhkan kerana punyai alasan-alasan yang merugikan.

Allah sedikit pun tidak rugi dengan kelengahan kita untuk bertaqwa. Tetapi kita masih angkuh mencipta alasan-alasan yang dibisikkan oleh syaitan yang dilaknat.

Nantilah.. nantilah.. nantilah..

Apa kata kita cuba katakan "nantilah" kepada syaitan yang cuba melengahkan kita drpd membuat perkara yang baik. Nescaya, menangislah syaitan kerana kita tidak mengendahkan dia.

tergamakkah kita katakan "nantilah" kepada DIA yang menciptakan kita..??  astagfirullah al azim..

abang2 , kakak2, adik2 , mari kita muhasabah diri kita semula…
tujuan penciptaan kita tak lain tak bukan hanya untuk beribadah kepada-NYA.

Ibadah itu luas bukan termaktub solat dan puasa semata2.

Bekerja, belajar, berehat, sedekah, menjalinkan silaturrahim dengan semata2 kerana ALLAH SWT juga adalah satu bentuk ibadah.

Jangan ditangguh benda yang harus disegerakan.

Sedangkan nasi boleh terkeluar daripada mulut ketika kita makan , menunjukkan tiada rezeki kita disitu, inikan pula rahmat dan kasih sayang Allah. Bila-bila masa boleh ditarik semula.

Wallahualam..



“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik).“
(Surah Al-Baqarah ayat 195)




Thank for reading…

*teguran & peringatan untuk diri sendiri juga yg masih alpa.

Monday, 22 September 2014

Bagaimana Untuk Mudah Didekati?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua bloggers.

Saya harap semuanya sihat and bahagia dalam rahmat & redha Allah swt.

Saya sebenarnya cemburu dengan diri saya sendiri.

Saya cemburu dengan diri saya as a blogger dan juga sebagai teman di alam maya (Facebook).

Diri ini lebih mesra, lebih senang didekati dan lebih byk ckp di alam maya berbanding di dunia sebenar.

Saya pun tak pasti kenapa..

Ada orang kata sy ni secara peribadi sukar untuk didekati.

Yup. Sy mmg jenis orang yang tidak akan memulakan langkah pertama.

Saya takkan senyum dulu. Saya takkan bagi salam dulu. Saya takkan memulakan perbualan dulu.

Saya lebih rela diam dalam dunia saya sendiri.

Saya tidak sombong. Cuma saya seorang yang tidak suka bercakap hal yang bukan2 dan tak suka melayan drama.

Ada je kakak2 yg cuba mendekati saya dengan membawa gossip terbaru.

But im just not interested. Sy akan dengar je and seriously saya tak pandai berlakon.

Orang akan Nampak wajah sy yg sgt ketara menunjukkan saya tak selesa dengan perbualan tersebut.

& saya jugak sgt susah untuk didekati oleh mana-mana lelaki2.
Mungkin sbb tu masih single kot. Saya seboleh2 tidak akan memandang muka mana2 lelaki melebihi 3 saat. 

Walaupun saya suka giler kat lelaki tersebut tetapi saya akan layan dia spt endah tak endah. Just bcoz sy suka seseorang tak bermaksud sy akan ubah diri sy. 

Bukan kerana saya sombong. Tetapi saya takut. Sy ni penakut dgn lelaki . so , lelaki tu akan give up and saya tak rasa saya perlu nk pujuk mereka or explain pada mereka sebab sy berpendapat "hendak seribu daya taknak seribu dalih". Walaupun frust sikit. Sikit je. hehe

Sy ada beberapa kawan lelaki yg sgt baik dgn sy. Mereka ni jenis tahu sy hati "kering" . so, walaupun saya tak senyum ke apa. 

Mereka tahu mcm mana nk bg sy selesa untuk berbual dgn mereka.

Diri saya diluar alam maya sgt berbeza dgn diri saya disini.

Disini saya boleh menaip menceritakan pelbagai perkongsian tetapi realitinya mulut sy lebih suka dikunci sehinggalah ada insan yang benar2 berjaya membuat sy rasa selesa and sy akan transform jadi seorang sahabat yg sgt friendly and aktif.

Sy jeles jugak tgk kawan2 yg sgt ramah and mesra.. senang didekati. Sy cuba but it looks so fake.

That is soooo not me.. sy bukan sombong ye. Sy ingatkan balik. 

Tapi sy jenis berat mulut.. and I know I have to change myself for good.

So, sy mohon kakak2 and abang2 bagi sedikit tips untuk diri ini Nampak lebih mudah didekati.

Pikir sat~

I know.. mesti ada yg kata ringankan mulut untuk senyum. Well, I will try my very best walaupun mulut berketaq2 nak senyum paksa yg dibuat2.

Manalah tahukan senyuman paksa ni lama2 jadi ikhlas..


Thanks for reading… teehee~

Monday, 15 September 2014

Fakta Tentang Wanita

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi.

Apa khabar semua~ hope semuanya sihat sokmo dan happy selalu.

jom usha sekejap apa twit kat bawah ni ckp.



hehehehehe~~

betul kan? kan? beli berdozen2 tapi kemana pergi tak tahu lah.

kalau jumpa balik semua pin tudung yg pernah dibeli, dah boleh bukak kedai dah kot..

setuju tak?