nuff said
Wednesday, 8 October 2014
Tuesday, 7 October 2014
Serikandi Memanah Berkuda Negara - Erina Emelina
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua~
Syoknya cuti beraya dan hari ni moh kita kembali kerja.
Ok. Hari ni suka saya nak kongsikan tentang Memanah Berkuda.
Sukan yang agak asing di Malaysia yang mula mendapat
perhatian ramai semenjak tersebarnya gambar saudari Erina Emelina yang sangat
style mencuri perhatian ramai dalam aksi memanah berkuda yang diceburi olehnya.
Tahukah anda bahawa sukan memanah berkuda ini sangat sinonim
dengan islam?
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dahulu berperang dengan
menunggang kuda dan memanah merupakan salah satu alat perang yang sangat
terkenal selain daripada pedang.
Terdapat banyak hadis Nabi mengenai memanah dan menunggang
kuda dan diantaranya adalah :
Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana
memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW
melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan
aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi
berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?”
Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi
SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan
zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang
laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik
kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.”
(Riwayat Thabarani)
Siapakah Erina Emelina Ismail?
Erina Emelina Ismail merupakan wajah baru bagi Sukan Memanah
Kuda Malaysia. Gadis berusia 24 tahun yang berasal daripada Shah Alam ini baru
sempat berlatih dalam bidang sukan memanah ini selama 6 bulan sebelum menyertai
Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun beliau telah mempelajari asas berkuda ketika di bangku
university lagi di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Beliau,
berkelulusan kejuruteraan mekatronik dan juga merupakan presiden Kelab Ekuin di
universiti tersebut.
Pujian daripada experts dan jurulatih.
“Nampaknya Malaysia mempunyai pemanah berkuda yang berbakat
dan cemerlang”, kata Lukas Novotny yang mewakili Amerika Syarikat - pemenang
keseluruhan pertandingan-
“Erina akan berusaha sedaya mungkin untuk menguasai dan
memperkemas sesuatu teknik itu sehingga sempurna. Saya lihat dedikasi beliau
memang tinggi berbanding ramai pelajar lain”, kata Mohd Azizul. Guru memanah
pertama beliau ialah Mohd Azizul Idris, pengasas Pusat Sukan Memanah
Tradisional Bow and Arrow di Sungai Buloh.
Pencapaian setakat ini
tempat ketiga dalam kategori ‘moving target’ dalam acara
Sukan Memanah Berkuda Antarabangsa
Jom tengok gambar beliau.
![]() |
| GAMBAR NI PALING WIN~! |
Wednesday, 1 October 2014
WW : Jangan Sentuh
Assalamualaikum & Morning darl~
bila ada tanda tulis "jangan sentuh" or "jangan tekan" berapa ramai yg "degil" nak sentuh juga? hehehe
Tuesday, 30 September 2014
Ketepikan Alasan Teruskan Urusan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kesayangan
semua..
Alhamdulillah kerana kita masih dipinjamkan oleh-NYA udara
untuk bernafas , kesihatan untuk beribadah, mata untuk melihat, mulut untuk
berbicara dan rezeki yang mencukupi untuk kita meneruskan urusan harian kita
pada hari ini.
Semalam hujan lebat sangat kan?
Banyak tempat yang musnah , pokok tumbang , bumbung sekolah
melayang , banjir sana sini.
Saya suka mengingatkan diri saya sendiri bahawa tidak Allah
menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
Bayangkan , siapa sangka air hujan yg halus itu bisa membanjiri
sesuatu tempat.
Siapa sangka angin yang lembut meniup itu bisa melayangkan
sesuatu benda.
Semua yang berlaku dengan izin Allah dan pasti ada hikmah
yang ingin Allah sampaikan khas kepada hamba-hambaNYA yang mahu berfikir.
Betapa kerdilnya kita sebagai insan jika mahu dibandingkan
dengan kuasaNYA.
Namun, masih ada diantara kita masih belum bangun daripada
mimpi yang lena..
Masih angkuh untuk bersujud.
Masih angkuh untuk bertaqwa.
Diberi nyawa setiap hari untuk beribadah, tetapi digunakan
untuk maksiat semata2.
Astagfirullah al azim.. semoga kita semua selamat daripada
hasutan syaitan yang dikeji.
Mari kita lihat komik di bawah.
Boleh saya kaitkan dengan reality semasa… berapa ramai
diantara kita yang sedar akan kekurangan diri. Kekurangan ilmu agama..
kekurangan ibadah yg perlu dilaksana.
Tetapi, segalanya ditangguhkan kerana punyai alasan-alasan
yang merugikan.
Allah sedikit pun tidak rugi dengan kelengahan kita untuk
bertaqwa. Tetapi kita masih angkuh mencipta alasan-alasan yang dibisikkan oleh
syaitan yang dilaknat.
Nantilah.. nantilah.. nantilah..
Apa kata kita cuba katakan "nantilah" kepada
syaitan yang cuba melengahkan kita drpd membuat perkara yang baik. Nescaya,
menangislah syaitan kerana kita tidak mengendahkan dia.
tergamakkah kita katakan "nantilah" kepada DIA
yang menciptakan kita..?? astagfirullah
al azim..
abang2 , kakak2, adik2 , mari kita muhasabah diri kita
semula…
tujuan penciptaan kita tak lain tak bukan hanya untuk
beribadah kepada-NYA.
Ibadah itu luas bukan termaktub solat dan puasa semata2.
Bekerja, belajar, berehat, sedekah, menjalinkan silaturrahim
dengan semata2 kerana ALLAH SWT juga adalah satu bentuk ibadah.
Jangan ditangguh benda yang harus disegerakan.
Sedangkan nasi boleh terkeluar daripada mulut ketika kita
makan , menunjukkan tiada rezeki kita disitu, inikan pula rahmat dan kasih
sayang Allah. Bila-bila masa boleh ditarik semula.
Wallahualam..
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana
(menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke
dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan
sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik).“
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
Thank for reading…
*teguran & peringatan untuk diri sendiri juga yg masih alpa.
*teguran & peringatan untuk diri sendiri juga yg masih alpa.
Monday, 22 September 2014
Bagaimana Untuk Mudah Didekati?
Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua bloggers.
Saya harap semuanya sihat and bahagia dalam rahmat &
redha Allah swt.
Saya sebenarnya cemburu dengan diri saya sendiri.
Saya cemburu dengan diri saya as a blogger dan juga sebagai
teman di alam maya (Facebook).
Diri ini lebih mesra, lebih senang didekati dan lebih byk
ckp di alam maya berbanding di dunia sebenar.
Saya pun tak pasti kenapa..
Ada orang kata sy ni secara peribadi sukar untuk didekati.
Yup. Sy mmg jenis orang yang tidak akan memulakan langkah
pertama.
Saya takkan senyum dulu. Saya takkan bagi salam dulu. Saya takkan
memulakan perbualan dulu.
Saya lebih rela diam dalam dunia saya sendiri.
Saya tidak sombong. Cuma saya seorang yang tidak suka
bercakap hal yang bukan2 dan tak suka melayan drama.
Ada je kakak2 yg cuba mendekati saya dengan membawa gossip
terbaru.
But im just not interested. Sy akan dengar je and seriously
saya tak pandai berlakon.
Orang akan Nampak wajah sy yg sgt ketara menunjukkan saya
tak selesa dengan perbualan tersebut.
& saya jugak sgt susah untuk didekati oleh mana-mana
lelaki2.
Mungkin sbb tu masih single kot. Saya seboleh2 tidak akan
memandang muka mana2 lelaki melebihi 3 saat.
Walaupun saya suka giler kat
lelaki tersebut tetapi saya akan layan dia spt endah tak endah. Just bcoz sy suka seseorang tak bermaksud sy akan ubah diri sy.
Bukan kerana saya sombong. Tetapi saya takut. Sy ni penakut
dgn lelaki . so , lelaki tu akan give up and saya tak rasa saya perlu nk pujuk mereka or explain pada mereka sebab sy berpendapat "hendak seribu daya taknak seribu dalih". Walaupun
frust sikit. Sikit je. hehe
Sy ada beberapa kawan lelaki yg sgt baik dgn sy. Mereka ni
jenis tahu sy hati "kering" . so, walaupun saya tak senyum ke apa.
Mereka
tahu mcm mana nk bg sy selesa untuk berbual dgn mereka.
Diri saya diluar alam maya sgt berbeza dgn diri saya disini.
Disini saya boleh menaip menceritakan pelbagai perkongsian
tetapi realitinya mulut sy lebih suka dikunci sehinggalah ada insan yang benar2
berjaya membuat sy rasa selesa and sy akan transform jadi seorang sahabat yg
sgt friendly and aktif.
Sy jeles jugak tgk kawan2 yg sgt ramah and mesra.. senang
didekati. Sy cuba but it looks so fake.
That is soooo not me.. sy bukan sombong ye. Sy ingatkan
balik.
Tapi sy jenis berat mulut.. and I know I have to change myself for good.
So, sy mohon kakak2 and abang2 bagi sedikit tips untuk diri
ini Nampak lebih mudah didekati.
![]() |
| Pikir sat~ |
I know.. mesti ada yg kata ringankan mulut untuk senyum. Well,
I will try my very best walaupun mulut berketaq2 nak senyum paksa yg dibuat2.
Manalah tahukan senyuman paksa ni lama2 jadi ikhlas..
Thanks for reading… teehee~
Subscribe to:
Posts (Atom)







